Isnin, 20 April 2009

Ketawa bantu jantung lebih sihat

CALIFORNIA: Ketawa memang boleh menjadi bentuk penawar terbaik kerana ia baik untuk jantung, menurut kajian, yang menunjukkan doktor mendapati risiko terkena serangan jantung boleh dikurangkan dengan pesakit digalak menonton program komedi.

Pesakit yang disifatkan sebagai 'suka ketawa' menambah kadar kolesterol baik, yang melindungi mereka daripada sakit jantung, dalam aliran darah.

Penyelidik berkata, hasil kajian boleh menjadikan ketawa sebagai rawatan berguna kepada beberapa keadaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan